Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, October 16, 2010

Sua Rasa

Minggu lepas kami (merujuk kepada saya, Muhammad, tokma Muhammad and Cik Ngah Muhammad) pergi ke Sua Rasa TV9. Amat berharap sangat dapat pergi berjalan2 dengan ayah Muhammad dan Muhammad, tapi nak buat macam mana weekend tu ayah Muhammad tak balik kampung. Huhu.. Venue nya kat Pulau Warisan, which is pulau yang baru ditambak kat sebelah belakang Kg Cina tu. Disebabkan tak pernah sampai lagi (konpem la tak pernah pergi lagi sebenarnya sebab tempat tu baruuuuuuuu je lagi siap.heheh), jadi kami bersemangat la nak pergi. Kali ni kami merujuk kepada ibu n Cik Ngah Muhammad je ye, sebab tokma Muhammad sangat bersungguh tak mau pergi, of course la sebab dia tak suka pergi tempat2 macam tu. Tapi disebabkan ibu Muhammad berkeras jugak nak bawak Muhammad pergi, dan takde sape nak tunggu Muhammad dalam kereta, jadinya dia terpaksa la ikut jugak walaupun cuma tunggu dalam kereta bersama2 Muhammad.. :)

Gambar bawah ni adalah pandangan dari jauh untuk pentas yang didirikan sempena Sua Rasa ni la kot. Tak leh nak konpem sebab tak pergi dekat. Kalau tak silap, khas untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O dan jugak konsert nyanyi2 malam tu..


Kat bawah ni pulak panorama kat khemah2 yang terpasang. Yang tiang cacak2 comel 4ketul tu adalah jambatan yang menghubungkan Pulau Warisan ngan Kg Cina. Agak ramai jugak kan orang pada masa ni.

Sebenarnya nak pergi sangat2 sebab curious nak tahu apa yang bestnya Sua Rasa ni. Takde la best sangat2, OK la kot. Cuma yang tak paham bila berselisih ngan 2,3 orang masa tengah jalan2 tu dan terdengar diorang bercakap sesama sendiri, bagitau semalam nya (Jumaat) tu dah datang dah kat Sua Rasa. Sabtu datang balik. Apa yang menarik nya ek? Tapi yang agak best bagi saya adalah....... Petpet dijual dengan harga murah. Murah RM10 dari retail price. Walaupun memang ternyata murah, nak beli banyak2 tu idok le. Nanti takleh kasi can kat ayah Muhammad untuk tunjuk kan kasih sayang kat Muhammad pulak - dengan membeli lampin pakai buang tu. Muehehe.. :p

Hurm, lepas je beli sebungkus Petpet M52 tu, teruja pulak nak pergi ke khemah Tok Guru. Kebetulan dari jauh kedengaran suara yang biasanya dengar kat Al-Kuliyyah je, or TV la senang cerita. Ingatkan diorang just pasang je suara ustaz yang jadi duta produk Tok Guru tu, tapi rupa2nya memang secara live la.. :) Apalagi, bergegas la ke sana. Lepas dah siap membeli, ambil peluang curi2 amik gambar ustaz. Mula2 tu malu nak amik, tapi bile kakak bertudung hijau ni amik, saya pun tumpang sekali la. Hehe..


# Jumaat tu pergi ke Imtiyaz KT a.k.a. KOSPINT, saja2 pergi melawat Ayah Su Muhammad ni. Sangat berbangga dengan pencapaian result trial SPM beliau = 9A 2B. Teruskan usaha Adik ye. Harap2 dapat score straight A's dalam SPM sebenar. AMIN....

No comments:

Post a Comment