Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 1, 2010

Aduyaiiii..

Niat nak post gambar opis baru ni sebelum bersalin aritu lagi. Tapi disebabkan bersalin pun terawal, jadi nye baru boleh letak la...

Ni pandangan keseluruhan untuk bahagian dalam wing bawah belah kiri bangunan admin baru - which is opis department saya. Masa awal2 pindah aritu eksaited kemain lagi, sebab masing2 rasa macam dapat opis bak opis PeTT, KLCC. Bezanya cuma tak tinggi je sebab kami dua tingkat aje and takde level2 nombor dua digit tu. Pastu, takde la sebut Tower 1 atau Tower 2. Heheh... Lagi satu takde lift. Banyak la beza nye ye. Tapi sekarang ni bile dah lama2, dah lemau la kot. Rasa bese jek.. Lagipun kat workstation kami ni lagi hebat dari yang kat KLCC, sebab kat setiap workstation dapat locker besar.. :)

Waktu ni (tengahari semalam) dah waktu lunch, tapi hanya kami2 ni je yang dah pegi awal kat jamuan raya department len yang masih setia duk dalam opis. Workstation saya? Tu dia..... yang ada botol oren twister besar tu. Saje je letak sekejap sebab nak buat penanda. Memang tak leh letak lame2 pun kat atas tu. Huhu.. Pandangan dekat workstation saya? Heheheh, tak leh tunjuk lagi la buat masa terdekat ni. Sebabnye tak sempat nak ngemas lagi sejak berpindah aritu. Kotak2 pun banyak je lagi duk bawah and atas meja tu..

Gambar kat bawah ni pulak, gambar dari sudut pandangan workstation saye... Yang pakai jacket kuning tu kantoi ye bukak fb. Hehe.. Yang jauh nun di sana, yang bilik pintu ade kayu tu adalah bilik Senior Manager (SM) saye... SM yang paling sempoi and kelakaq.. Pintu bilik die tertutup rapat semalam sebab die takde.. :)

Kat bawah ni pulak...... Jeng3.. Dinding Manager saya.. Sila lihat dengan teliti pernyataan kat depan tu.. 6 hari stret ye boss takde kat opis. Heaven nye!!! :D Semalam kami bleh bersuka ria di opis sebab dua2 boss takde. Boss jugak yang ajar -> kalau boss takde, boleh rileks2 sket. Huahuahua..

Berkenaan tajuk entry, nak cerita pasal insiden 2 hari lepas.... Tapi cerita ni takde kena mengena ngan pencerita nye.. :p

En. H : G, hang takdak keja ka?
G : Ada...........
En. H : Kalau takdak keja, meh sini.
G : Ada keje la En. H...
En. H : Camni, kalau hang takdak keja, aku nak buang satu
position.
G : (dengan selamba) Erm, buang la position Senior
Manager.

Hahaha... gila tak tahan dengan cadangan si G ni. Boleh pulak die dengan selambanye cakap camtu.. FYI, En. H = Senior Manager dan G = department punya clerk ;)

En. H pulak lepas dengar si G ni cakap camtu, tergelak beso je la die. Kehkehkeh... Adeh, gua pun tak berani nak cakap camtu..

No comments:

Post a Comment