Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 22, 2011

Keletah Muhammad

Yes, true!! Dah lame tak meng'update' kat sini. Main reason is rasa macam takde ape nak di'update' ---- tapi tipu la, memang banyak cerita yang nak di'update'. Lagi-lagi pasal si Muhammad Aidin sayang ni. Hehe.. Anak teruna seorang ni dah nak menginjak ke 10 bulan. Yeay, lebih kurang lagi 2bulan seminggu ye nak masuk setahun. Sekejap je masa berlalu, walhal rasa macam baru je lagi lahirkan Muhammad..

Hurm.... Muhammad sorang ni dah boleh berdiri dah sekarang. Dah boleh berjalan2, tapi sambil berpaut pada something la. Maksudnya kalau nak berdiri independently, masih tak boleh lagi. Pastu yang peliknya dia skip step duduk. Sooner la kot baru boleh duduk :) Dan perkembangan latest, sekarang dia memang dah boleh recognize betul2 ibu n ayah dia. Sebelum2 ni pun memang dah kenal kot, cuma sekarang ni kalau nampak macam orang nak "tinggal"kan dia, terus je nangis. I like. Hehe....


Baru-baru ni, for the first time ever kami turun ke KL. Sangat excited sebab kali pertama bawak Muhammad jalan jauh. Tambah2 lagi agak bermakna sebab kali ni celebrate wedding anniversary ibu n ayah Muhammad yang kedua. Dah lama teringin nak jalan2 bertiga, so kali ni hasrat tersebut tercapai jua. Terlebih excited ye, almaklum la kami sangat jarang2 dapat spend masa bertiga sahaja. Bila taktau ye nak dapat duk sekali.. Nak kena tunggu adik Muhammad keluar dulu kot ni ye??? ;)

Gambar kat bawah ni ----- adalah gambar masa kami jalan2 kat One Utama. Cuba tengok budak kecik ni excited lebih ngan gaya posing bawak kete Bob the builder.. ;p Nampak gaya, birthday yang pertama nanti kena kasik present camni la kot ye untuk Muhammad.


Berikut, video Muhammad pegang stereng kete mainan yang sama. Kami tak masukkan duit syiling pun kat dalam benda alah ni. Tapi sila la enjoy dengan gaya2 ke'excited'an Muhammad. Macam real je bawak kereta. Kui3..


Lupa nak bagitahu pasal telatah Muhammad sekarang..... Sangat la manja, mungkin baru je sedar kot dia bakal dapat adik. Hihi.. Kalau ada peluang, kadang2 dia akan cium2 perut ibu dia. Part cium, OK la kot. Tapi kadang2 dia akan pukul2 perut ibu dia. So bersedia la ye untuk menjaga @ memberi perhatian lebih pada Muhammad bila adik dia keluar nanti. Bukan apa, pasal takut nanti Muhammad buat apa2 yang tak patut kat adik Muhammad je..

OK la...chow dulu.. XOXO

Sunday, January 23, 2011

Update on US

It's been a while i'm not updating this blog... Mengapakah?? Sedikit busy sejak akhir2 ni dengan keadaan diri yang kureng sihat.. I mean, not myself yang kureng sihat. Tapi two person yang mempunyai major kaitan dengan ku -- my beloved hubby & adik Muhammad. As of now, kedua2 nya sihat. My hubby dah balik ke KL, sambung semula tugas mencari rezeki untuk anak2 (ceeeewah!) and adik Muhammad pun berada dalam keadaan sihat jugak..


OK, yes I would like to make a confession...


I AM CURRENTLY EXPECTING MY SECOND CHILD!


Sekarang adik Muhammad masuk 3bulan. So another 6 months to go.. InsyaAllah raya tahun ni kami akan berempat pulak. Hehe.. Erk, masa tahun kawen dulu a.k.a. tahun 2009, kami beraya berdua je. Tahun lepas pulak, 2010, beraya bertiga dengan pertambahan si budak kecik Muhammad :) Tahun ni, 2011, insyaAllah kalau dipermudahkan segalanya, dapat la beraya dengan pertambahan adik Muhammad. Hihi.. Cuma the thing is, tak tahu la dapat beraya ke tak. Pasal due date nye is in August. Docs yang diconsult predict I will deliver the baby sometime in end of July, so masa raya will still be my confinement period. Tahniah untuk diri sendiri kerana terpaksa:
  1. ganti puasa lebih kurang sebulan..
  2. dapat tengok je orang makan makanan sedap2, especially biskut raya. Nape la biskut2 ni diorang taruk telur ek. Huk2..
  3. berkemungkinan besar dapat beraya kat rumah je. Kalau bernasib baik, mungkin dah dapat jalan2 pegi beraya kat rumah sedara-mara..

Anyway anyhow......semuanya berbaloi ye, walaupun kena ganti puasa nanti.. I am really looking forward to this July, ataupun August. Dah terasa excitement nya, walaupun maybe masa tu Muhammad takleh nak cakap2 lagi. Tanya tu adik dia ke. Hihi.. Sebenarnya, teringat masa kecik2 dulu. I asked my parents kat sepital masa tengok baby a.k.a. Kak Ngah, my only sister yang baru je lahir masa tu. Rasa macam kagum je, masa tu I was 2years and 9months old, tapi macam petah je tanya tu adik saya ke? Kui3.. Tapi masa my younger brother, arwah Nasrun, lahir memang semestinya tak reti cakap lagi kot. Sebab masa tu I was only 11months old. See, my mom dah melahirkan baby masa I wasn't turning one year old pun lagi. Heheh.. Nanti masa adik Muhammad lahir, Muhammad will be 1year and 2months.

Kat bawah ni gambar2 Muhammad yang diambil semalam, masa trip pergi tukar tayar kereta ibu Muhammad. Adeh, die buat dek je masa orang ambil gambar. Macam kontrol macho gitu....



Last but not least, Happy Birthday to ABAH --- yang ke 55! (Pagi ni dia duk sibuk bukak fb dia, pasal nak tengok sapa yang wish birthday... Saya tak bersalah kan sebab tak add abah sendiri kat fb?)