Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 22, 2011

Keletah Muhammad

Yes, true!! Dah lame tak meng'update' kat sini. Main reason is rasa macam takde ape nak di'update' ---- tapi tipu la, memang banyak cerita yang nak di'update'. Lagi-lagi pasal si Muhammad Aidin sayang ni. Hehe.. Anak teruna seorang ni dah nak menginjak ke 10 bulan. Yeay, lebih kurang lagi 2bulan seminggu ye nak masuk setahun. Sekejap je masa berlalu, walhal rasa macam baru je lagi lahirkan Muhammad..

Hurm.... Muhammad sorang ni dah boleh berdiri dah sekarang. Dah boleh berjalan2, tapi sambil berpaut pada something la. Maksudnya kalau nak berdiri independently, masih tak boleh lagi. Pastu yang peliknya dia skip step duduk. Sooner la kot baru boleh duduk :) Dan perkembangan latest, sekarang dia memang dah boleh recognize betul2 ibu n ayah dia. Sebelum2 ni pun memang dah kenal kot, cuma sekarang ni kalau nampak macam orang nak "tinggal"kan dia, terus je nangis. I like. Hehe....


Baru-baru ni, for the first time ever kami turun ke KL. Sangat excited sebab kali pertama bawak Muhammad jalan jauh. Tambah2 lagi agak bermakna sebab kali ni celebrate wedding anniversary ibu n ayah Muhammad yang kedua. Dah lama teringin nak jalan2 bertiga, so kali ni hasrat tersebut tercapai jua. Terlebih excited ye, almaklum la kami sangat jarang2 dapat spend masa bertiga sahaja. Bila taktau ye nak dapat duk sekali.. Nak kena tunggu adik Muhammad keluar dulu kot ni ye??? ;)

Gambar kat bawah ni ----- adalah gambar masa kami jalan2 kat One Utama. Cuba tengok budak kecik ni excited lebih ngan gaya posing bawak kete Bob the builder.. ;p Nampak gaya, birthday yang pertama nanti kena kasik present camni la kot ye untuk Muhammad.


Berikut, video Muhammad pegang stereng kete mainan yang sama. Kami tak masukkan duit syiling pun kat dalam benda alah ni. Tapi sila la enjoy dengan gaya2 ke'excited'an Muhammad. Macam real je bawak kereta. Kui3..


Lupa nak bagitahu pasal telatah Muhammad sekarang..... Sangat la manja, mungkin baru je sedar kot dia bakal dapat adik. Hihi.. Kalau ada peluang, kadang2 dia akan cium2 perut ibu dia. Part cium, OK la kot. Tapi kadang2 dia akan pukul2 perut ibu dia. So bersedia la ye untuk menjaga @ memberi perhatian lebih pada Muhammad bila adik dia keluar nanti. Bukan apa, pasal takut nanti Muhammad buat apa2 yang tak patut kat adik Muhammad je..

OK la...chow dulu.. XOXO

2 comments:

  1. amboi..beso nye adioh befday nok beli,byk ngat pitih mok muhammad.he..

    ReplyDelete
  2. aminnn...doa2 kan la byk pitih sokmo.. :)
    adioh befday beso2 tu kena claim dr ayah muhammad la.hihihi..

    ReplyDelete