Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 1, 2010

Outing to Kemaman

Jumaat baru-baru ni kami pergi ke Kemaman, sebab ada sepupu ibu Muhammad bertunang lepas solat Jumaat.. Ni dah lupa bila last pergi kat sini, sebab dah lama sangat. Dah lama plan dengan ayah Muhammad nak pergi rumah Ayah Ngah Nan ni, tapi tak jadi-jadi. Last-last Muhammad yang sampai dulu, ayahnya tak pernah sampai lagi.. Jumaat baru-baru ni pun ayah Muhammad keje, and minggu tu bukan giliran balik Ganu, so kami pergi tanpa ayah la...

Untuk gambar bertunang, tak berkesempatan pun nak ambil. Bukan tak sempat sebenarnya, tapi malas. Kui3.. Gambar kat bawah ni, courtesy of tuan punya badan, ambil dari fb tanpa izin...


Budak kecik 2 orang ni comel je kan, dua-dua adik si Nurul ni. Yang paling kiri, Farah, adik bongsu tu sebijik macam muka Khairul, abang sulung - yang mana adalah jejaka seperti dalam gambar kat bawah. Tilik punya tilik, tengok-tengok Khairul ni ada iras-iras Cik Man, ayah sedara kami yang tak kawin lagi..


Ni pulak Muhammad pada hari kejadian, tengah duk ralit tengok orang-orang sekeliling dia. Penglihatan dah sangat tajam kot sekarang, kalau nak banding ngan dulu-dulu. Nape pipi tu nampak kembung sangat sayang ibu ni.......


Lastly, Muhammad berposing bersama Cik Ngah nya...


Ondway balik, kami singgah kat Mesra Mall. First time kami pergi situ (Ayah Muhammad, len kali kita pergi sama-sama ek). Muhammad nampak sedikit teruja masa mula2 sampai. Lagi-lagi la kali ni dapat mainan Playskool.. :) Tapi bila dah sampai limit dia duk diam, mula la tunjuk taring. Menangis sampai tak ingat dunia, yang malunya tak lain tak bukan, ibu Muhammad jugak. Aki Muhammad bagitau, dalam jarak 100meter dalam shopping mall tu pun dapat dengar dengan jelas suara Muhammad menangis. Isk3...

Right now, ibu Muhammad tengah bercuti, walaupun ada keje yang teramat sangat banyak kat opis nun, sebab kena babysit Muhammad. Nenek ngan Aki Muhammad pergi kat majlis graduasi Ayah Su pagi ni.. Selamat bergraduasi ye Ayah Su....

5 comments:

  1. geram larrr tengok muhammad ni..huhu

    ReplyDelete
  2. g mesra mall x tggu ayoh,mesti lah muhammad nangis.hu..

    ReplyDelete
  3. @miss labi: geram je ke?kui3..

    @ayohnye: dah lmbt ngat ayoh nak bawak..erm,tp nenek muhammad yg plg semangat tu nk g.hehe

    ReplyDelete
  4. hadoiiiii ibu dia lebih drp anak nih..kakakaka
    eh abg xpenah sapa mesra mall ke? ulu ngat. hehehe.

    ReplyDelete
  5. @miss labi: muhammad wak telepati ngn ibu dia.yg kat atas tu muhammad royak.hehe..

    ReplyDelete