Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Keletah Muhammad

Yes, true!! Dah lame tak meng'update' kat sini. Main reason is rasa macam takde ape nak di'update' ---- tapi tipu la, memang banyak cerita yang nak di'update'. Lagi-lagi pasal si Muhammad Aidin sayang ni. Hehe.. Anak teruna seorang ni dah nak menginjak ke 10 bulan. Yeay, lebih kurang lagi 2bulan seminggu ye nak masuk setahun. Sekejap je masa berlalu, walhal rasa macam baru je lagi lahirkan Muhammad..

Hurm.... Muhammad sorang ni dah boleh berdiri dah sekarang. Dah boleh berjalan2, tapi sambil berpaut pada something la. Maksudnya kalau nak berdiri independently, masih tak boleh lagi. Pastu yang peliknya dia skip step duduk. Sooner la kot baru boleh duduk :) Dan perkembangan latest, sekarang dia memang dah boleh recognize betul2 ibu n ayah dia. Sebelum2 ni pun memang dah kenal kot, cuma sekarang ni kalau nampak macam orang nak "tinggal"kan dia, terus je nangis. I like. Hehe....


Baru-baru ni, for the first time ever kami turun ke KL. Sangat excited sebab kali pertama bawak Muhammad jalan jauh. Tambah2 lagi agak bermakna sebab kali ni celebrate wedding anniversary ibu n ayah Muhammad yang kedua. Dah lama teringin nak jalan2 bertiga, so kali ni hasrat tersebut tercapai jua. Terlebih excited ye, almaklum la kami sangat jarang2 dapat spend masa bertiga sahaja. Bila taktau ye nak dapat duk sekali.. Nak kena tunggu adik Muhammad keluar dulu kot ni ye??? ;)

Gambar kat bawah ni ----- adalah gambar masa kami jalan2 kat One Utama. Cuba tengok budak kecik ni excited lebih ngan gaya posing bawak kete Bob the builder.. ;p Nampak gaya, birthday yang pertama nanti kena kasik present camni la kot ye untuk Muhammad.


Berikut, video Muhammad pegang stereng kete mainan yang sama. Kami tak masukkan duit syiling pun kat dalam benda alah ni. Tapi sila la enjoy dengan gaya2 ke'excited'an Muhammad. Macam real je bawak kereta. Kui3..


Lupa nak bagitahu pasal telatah Muhammad sekarang..... Sangat la manja, mungkin baru je sedar kot dia bakal dapat adik. Hihi.. Kalau ada peluang, kadang2 dia akan cium2 perut ibu dia. Part cium, OK la kot. Tapi kadang2 dia akan pukul2 perut ibu dia. So bersedia la ye untuk menjaga @ memberi perhatian lebih pada Muhammad bila adik dia keluar nanti. Bukan apa, pasal takut nanti Muhammad buat apa2 yang tak patut kat adik Muhammad je..

OK la...chow dulu.. XOXO

Sunday, January 23, 2011

Update on US

It's been a while i'm not updating this blog... Mengapakah?? Sedikit busy sejak akhir2 ni dengan keadaan diri yang kureng sihat.. I mean, not myself yang kureng sihat. Tapi two person yang mempunyai major kaitan dengan ku -- my beloved hubby & adik Muhammad. As of now, kedua2 nya sihat. My hubby dah balik ke KL, sambung semula tugas mencari rezeki untuk anak2 (ceeeewah!) and adik Muhammad pun berada dalam keadaan sihat jugak..


OK, yes I would like to make a confession...


I AM CURRENTLY EXPECTING MY SECOND CHILD!


Sekarang adik Muhammad masuk 3bulan. So another 6 months to go.. InsyaAllah raya tahun ni kami akan berempat pulak. Hehe.. Erk, masa tahun kawen dulu a.k.a. tahun 2009, kami beraya berdua je. Tahun lepas pulak, 2010, beraya bertiga dengan pertambahan si budak kecik Muhammad :) Tahun ni, 2011, insyaAllah kalau dipermudahkan segalanya, dapat la beraya dengan pertambahan adik Muhammad. Hihi.. Cuma the thing is, tak tahu la dapat beraya ke tak. Pasal due date nye is in August. Docs yang diconsult predict I will deliver the baby sometime in end of July, so masa raya will still be my confinement period. Tahniah untuk diri sendiri kerana terpaksa:
  1. ganti puasa lebih kurang sebulan..
  2. dapat tengok je orang makan makanan sedap2, especially biskut raya. Nape la biskut2 ni diorang taruk telur ek. Huk2..
  3. berkemungkinan besar dapat beraya kat rumah je. Kalau bernasib baik, mungkin dah dapat jalan2 pegi beraya kat rumah sedara-mara..

Anyway anyhow......semuanya berbaloi ye, walaupun kena ganti puasa nanti.. I am really looking forward to this July, ataupun August. Dah terasa excitement nya, walaupun maybe masa tu Muhammad takleh nak cakap2 lagi. Tanya tu adik dia ke. Hihi.. Sebenarnya, teringat masa kecik2 dulu. I asked my parents kat sepital masa tengok baby a.k.a. Kak Ngah, my only sister yang baru je lahir masa tu. Rasa macam kagum je, masa tu I was 2years and 9months old, tapi macam petah je tanya tu adik saya ke? Kui3.. Tapi masa my younger brother, arwah Nasrun, lahir memang semestinya tak reti cakap lagi kot. Sebab masa tu I was only 11months old. See, my mom dah melahirkan baby masa I wasn't turning one year old pun lagi. Heheh.. Nanti masa adik Muhammad lahir, Muhammad will be 1year and 2months.

Kat bawah ni gambar2 Muhammad yang diambil semalam, masa trip pergi tukar tayar kereta ibu Muhammad. Adeh, die buat dek je masa orang ambil gambar. Macam kontrol macho gitu....



Last but not least, Happy Birthday to ABAH --- yang ke 55! (Pagi ni dia duk sibuk bukak fb dia, pasal nak tengok sapa yang wish birthday... Saya tak bersalah kan sebab tak add abah sendiri kat fb?)

Friday, December 24, 2010

Muhammad.....


Rasanya macam dah lama tak update pasal Muhammad... So busy akhir2 ni, dengan keadaan badan yang tak mengizinkan untuk stay up lama2 di waktu malam, a.k.a. tidur awal ye malam2.hehe..


Gambar-gambar yang diambil pun dah agak lama dah, kira-kira 3 minggu lepas. Tak sempat nak ambil gambar Muhammad sejak akhir-akhir ni. Haish, sepatutnya kena sentiasa ambik ni. Nanti boleh tunjuk kat Muhammad bila dia besar.. :)

Perkembangan Muhammad yang terkini....... Muhammad dah mula berpusing-pusing bila meniarap. Sekarang dah angkat dada, and kadang-kadang dah angkat bontot sekali. Belum bersedia nak masuk gear je lagi, nak start merangkak. Hehehe... Tak lama lagi dah tu kot nak boleh merangkak.. :D


Ye, gambar-gambar ni (Muhammad tanpa baju) adalah sebelum pukul 6.30 pagi lagi. Sangat awal kan Muhammad mandi. Kadang-kadang mandi sebelum pukul 6 pagi. Awal betul bangun pagi...


Next ---- Muhammad with his brushes. Macam-macam ada : gum massanger, massaging brush dan first toothbrush.. Yang tu instruction dia bagitau boleh guna start 7bulan. Yeah! Lagi 3hari ye nak masuk 7bulan. Dah besar ye anak ibu ni.... Tapi gigi je tak tumbuh-tumbuh lagi. Hihi..


P/S: Still counting the days. Tak sabar nak tunggu one week ++ lagi, nak tengok baby limb melompat-lompat dengan kiut nya.. ;)

Monday, November 29, 2010

Makan lagi

Opps.... silap meng'upload' video la rupenye. Hukhuk..

Video Muhammad makan for the first time ever (secara official) adalah seperti di bawah ye:

Sunday, November 28, 2010

6 Month


Muhammad saya yang comel ni dah 6 bulan hari ni.... Betapa cepatnya masa berlalu kan. Dah besar dah pun Muhammad.. :)

Beberapa hari lalu, Muhammad dah start makan, as mentioned earlier dalam entry lepas. In detail, empat hari yang lepas - 24/11/2010. The first solid food was Cerelac rice mixed with milk, pastu biskut Milna Rusk and Petit punya banana+apricot puree.. Sekarang sedang mencari kat mana ada jual produk Gerber, puree food yang ibu Muhammad makan masa kecik2 dulu..

Gambar kat bawah ni.... Muhammad masa lepas makan. Masih pakai bib lagi, sebab takut muntah.. :p



Next, Muhammad yang tengah bermain2 dengan 'spider' nye. Dah kenyang katekan, sebab tu rilek2 sedikit ye, tak menangis kelaparan..



Gambar kat bawah ni pulak, adalah Muhammad yang tengah syok tido...



Gambar close-up tengah tido.... Saya sangat suka tengok gambar ni :- tengok bulu mata Muhammad, tengok pipi Muhammad yang nampak agak kembung di situ, tengok hidung Muhammad, and of course mulut kecilnya yang kiut-miut... (Sorry, agak memuji anak sendiri di sini. Tapi anda akan tahu/mengerti perasaan tu bila ada anak sendiri ye..... :D)



Last but not least...... entry kali ni diakhiri dengan video Muhammad makan buat kali pertama nya. Enjoy! :)


Thursday, November 25, 2010

Muhammad's Growth

Bila duk godek2 internet, ada terjumpa these charts - height and also weight for infant. Maka ibu Muhammad pun bersemangat la nak tengok macam mana carta pertumbuhan Muhammad, for both segi, tinggi dan berat..

Hasil plot adalah seperti rajah2 di bawah:

Weight graph for Muhammad Aidin bin Mohd Azri

Height graph for Muhammad Aidin bin Mohd Azri

Kalau dikaji2 dua2 carta kat atas ni, untuk berat kira orait la kan. Sebab berat Muhammad kira tergolong dalam 50th percentile.. Tapi untuk carta tinggi, agak mengejutkan. Patut la orang duk cakap Muhammad ni nampak tinggi. Maksudnya sekarang ni bukan setakat 'nampak' la, memang terbukti Muhammad tinggi, sebab dah tergolong lebih dari 95th percentile. Eh, ke 100th percentile. Hehe.. ;) Ape pun, harap2 Muhammad membesar dengan sihat sampai bila-bila ye. Aminnnn...

LOVE YOU MUHAMMAD AIDIN :x

Wednesday, November 24, 2010

Updates!

Sangat lama tak meng'update'kan blog ni... Lagi lama cuti, lagi la rasa malas nak update. Huhu..

Anyway, anyhow...... banyak jugak nak update ni. Cuma mungkin tak sempat nak tulis semuanya dalam satu entry je. Hari ni, 24/11/2010 - bermakna lagi empat hari Muhammad turns to six month! Yippeee... udah besar anak ibu ye. Makin hari makin tak duk diam je. Dan petang tadi, Muhammad secara rasminya dah disuapkan his first solid food.. :D Vidoe Muhammad makan, akan diupload nanti ye :)

Gambar berikut, nearly a month ago, tapi tak sempat nak upload awal2... What's the similarity between us ye? ;)


Muhammad yang duduk macam budak besar! Dia sangat enjoy duduk @ berdiri @ sewaktu dengan nya, as long as tak berbaring. Isk3... Penat la Muhammad.. ;)


Next..... Muhammad with his new toy - a BUG. Tujuan asal ibu Muhammad beli that toy adalah sebab BUG tersebut ada ciri2 seperti a SPIDER (konon2 boleh pegang toy tersebut masa nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider). Kui3...


Close up muka Muhammad tengah tidur... I like this pictures!


Last but not least, Muhammad berposing dengan bunga loceng.... Gambar ni diambil masa cuti raya AidilAdha baru2 ni..


P/S: Agak excited hari ni sebab Muhammad dah makan. Hehehe.. :)

Friday, November 12, 2010

Demam

Dah lama ibu Muhammad tak update kat sini, sebab agak bz. Konon-konon je la ye.. Last week, cuti agak panjang sebab sambung sekali dengan cuti Divali. Kemudian, ibu Muhammad ada kerja pulak kat KL. Tu yang agak lambat update tu. Owh, lupa. Kami bertiga (ayah, ibu and Muhammad) pergi ke Kota Bharu masa cuti tu. Jalan-jalan punya pasal sampai Muhammad sayang demam la pulak. Mungkin sebab kena tempias hujan kot. Huhu.. Now, demam dah kebah dah pun. Kejap je demamnye.. :)


Muhammad bersama-sama roti sambal bilis yang dah renyuk plastiknye, yang dijadikan sebagai mainan untuk Muhammad gigit-gigit... ;)


My little prince sedang nyenyak tidur.....


Full picture of Muhammad sedang tidur..


Masa Muhammad first time demam tu, agak kesian sebab both ibu and ayah Muhammad takde kat sisi Muhammad. Dah la Muhammad agak susah bernafas masa tu. Huhu..

Tuesday, November 2, 2010

Tidur Time


Little prince of mine... Happy tiduring.. :D Love this long sleeve romper from Mothercare, bought when Muhammad was still in ibu's womb - masa 7 bulan kot.. Kat bawah ni, Muhammad buat muka takleh blah. Macam tak larat sangat je...


Next picture..... Muhammad masa duk dalam stroller. Cool and steady je. Masa ni ibu dia tengah buat apa ek?? Tak ingat dah. Yang pasti Muhammad tak mau tido lagi masa ni. Tu yang duk tolak stroller dalam rumah..


Sebelum tido - multitasking! Pegang botol susu + pegang mainan.. Muhammad dah reti pegang botol susu sendiri. Yeay!! Walaupun masih perlu bimbingan dan tunjuk ajar dari orang len...


Muhammad...... membulatkan mata dan buat muka terkejut bila dengar nenek nya bersin. Kui3.. :p

Monday, November 1, 2010

Boy of Mine

My little hero, who apparently not 'little' anymore.... ;)
Mummy loves you..

Kali ni gambar yang diupload dalam entry ni adalah sedikit berkisar kepada Muhammad menangis. Enjoyyyyy! :)


Muhammad yang dah tak cool lagi.. Dengan mulut ternganga luas n mata yang dah sedikit sepet.. -> sedang menangis...


Yang ni pulak..... Apa punya gaya la ni. Macam gaya otromen pun ada. Muhammad2... :p

Em, tapi part Muhammad masukkan jari dalam mulut dia tu adalah hobi terbaru nya sekarang. Mungkinkah gigi dah nak tumbuh??? Jangan la tumbuh lagi ye... Nanti ibu rindu pulak nak tengok muka Muhammad comel tanpa gigi. Huhu..


Next..... Muhammad yang dah tak tahan nak menangis. Kat tepi tu, mainan yang ibu Muhammad beli kat Mesra Mall tu. Biar murah je pun, nak promote jugak. Hehe..


Lagi..... The sexy boy of mine. Masa ni dah reda sket tangis nye. Cuma macam merajuk je lagi ngan ibu nye. Sebab lambat sangat mandikan dia kot. Hihi.. Jom2, bath time!


Last but not least, kali ni ada video from Muhammad. The best thing is he himself amazed by this video. Siap senyum-senyum je masa tengok video ni kat skrin komputer ni. Agak-agaknya Muhammad tahu ke tak ek tu adalah diri dia sendiri... ;) Luv U, Muhammad!


Outing to Kemaman

Jumaat baru-baru ni kami pergi ke Kemaman, sebab ada sepupu ibu Muhammad bertunang lepas solat Jumaat.. Ni dah lupa bila last pergi kat sini, sebab dah lama sangat. Dah lama plan dengan ayah Muhammad nak pergi rumah Ayah Ngah Nan ni, tapi tak jadi-jadi. Last-last Muhammad yang sampai dulu, ayahnya tak pernah sampai lagi.. Jumaat baru-baru ni pun ayah Muhammad keje, and minggu tu bukan giliran balik Ganu, so kami pergi tanpa ayah la...

Untuk gambar bertunang, tak berkesempatan pun nak ambil. Bukan tak sempat sebenarnya, tapi malas. Kui3.. Gambar kat bawah ni, courtesy of tuan punya badan, ambil dari fb tanpa izin...


Budak kecik 2 orang ni comel je kan, dua-dua adik si Nurul ni. Yang paling kiri, Farah, adik bongsu tu sebijik macam muka Khairul, abang sulung - yang mana adalah jejaka seperti dalam gambar kat bawah. Tilik punya tilik, tengok-tengok Khairul ni ada iras-iras Cik Man, ayah sedara kami yang tak kawin lagi..


Ni pulak Muhammad pada hari kejadian, tengah duk ralit tengok orang-orang sekeliling dia. Penglihatan dah sangat tajam kot sekarang, kalau nak banding ngan dulu-dulu. Nape pipi tu nampak kembung sangat sayang ibu ni.......


Lastly, Muhammad berposing bersama Cik Ngah nya...


Ondway balik, kami singgah kat Mesra Mall. First time kami pergi situ (Ayah Muhammad, len kali kita pergi sama-sama ek). Muhammad nampak sedikit teruja masa mula2 sampai. Lagi-lagi la kali ni dapat mainan Playskool.. :) Tapi bila dah sampai limit dia duk diam, mula la tunjuk taring. Menangis sampai tak ingat dunia, yang malunya tak lain tak bukan, ibu Muhammad jugak. Aki Muhammad bagitau, dalam jarak 100meter dalam shopping mall tu pun dapat dengar dengan jelas suara Muhammad menangis. Isk3...

Right now, ibu Muhammad tengah bercuti, walaupun ada keje yang teramat sangat banyak kat opis nun, sebab kena babysit Muhammad. Nenek ngan Aki Muhammad pergi kat majlis graduasi Ayah Su pagi ni.. Selamat bergraduasi ye Ayah Su....

Tuesday, October 26, 2010

Dua jejaka pengarang jantung ku....
Love you both!

Opps.... sorang lagi takdak pulak. Len kali la kena tambah gambar, ABAH.. :) So maksudnya ada TIGA jejaka la ye...

I LOVE YOU ABANG!
I LOVE YOU MUHAMMAD AIDIN!
I LOVE YOU ABAH!


Muhammad with his typical gesture masa tidur...



Muhammad masa first time mencuba baby carrier.... Enjoy sangat kot masa ni.. Nak ambik gambar pun susah semacam je.. ;)

Malam besok Muhammad kena tinggal lagi, walaupun untuk semalaman je. Nasib baik ayah Muhammad ada, boleh la dating gi mana-mana, KLCC ke. Heheh.. Tapi taktau le jadi ke tak nak pergi ni, sebab rasa tak sedap badan. Tiket dah confirm, bilik pun dah book.. Lambatnye Muhammad masuk 6bulan, nak bawak pergi outstation sekali..

p/s: Ayah Muhammad, esok anda sihat-sihat je ye..... :D

Sunday, October 24, 2010

Hush Little Baby


Mommy's little sweetheart........... I LOVE YOU!!
Love you too ayah Muhammad...

Gambar di bawah, ketika berkunjung ke rumah moyang Muhammad semalam. Syoknye kan saya tido...


HUSH LITTLE BABY
Hush little baby don't say a word
Mama's gonna buy you a mocking bird
If that mocking bird won't sing
Mama's gonna buy you a diamond ring
If that diamond ring turns brass
Mama's gonna buy you a looking glass
If that looking glass gets broke
Mama's gonna buy you a billy goat
If that billy goat won't pull
Mama's gonna buy a cart and bull
If that cart and bull turn over
Mama's gonna buy you a dog named Rover
If that dog named Rover won't bark
Mama's gonna buy you a horse and cart
If that horse and cart fall down
You'll still be the sweetest little boy in town
Hush little baby, don't you cry
Daddy loves you and so do I


Close up....


Cutie Barney :)

Saya sangat mengantuk pagi ni + sakit kepala...... Penangan Muhammad berjaga setiap sejam semalam. Agak pelik sebab dia dah lama tak macam ni, biasanya cuma berjaga 2 atau 3 kali je sepanjang malam, tu pun sebab lapar.. Kalau berjaga je, memang takpe. Ni siap nangis meraung2 lagi. Huhu.. Dan pagi ni.........hasilnya suara Muhammad serak2 basah... ;)

Semalam Muhammad mencuba jumper Barney - his mummy's all-time fav children cartoon.. Sangat comel, walaupun kalernye sedikit berbeza dengan kaler asal Barney.. Untuk gambar2 di bawah, ibu Muhammad tak mendapat kerjasama dari Muhammad untuk bergambar..


Muhammad bersama-sama ayahnya, mencuba baby carrier - another present yang Muhammad dapat.. :)


Anak sapa la ni comel sangat..... Macam anak kanggaroo je. Hihi.. :p